Sunday, September 20, 2015

Kari ikan pari bersama belimbing buluh

Nih...Kari pari ni memang perghh..kalau rasa pedas + masam yang seimbang mmg terbaik..resepi mak punya..Biasanya mak aku tak taruh santan...mungkin nak rasa ikan tu lebih terserlah kot..tp, mmg sodapp ..:D

Macam ni lah rupanya...
 


Bahan-Bahan
  • 2 ekor ikan pari sederhana besar- potong, cuci dan toskan
  • 2 biji buah tomato- di belah 4
  • 4 buah belimbing buluh dihiris
  • 4 sudu besar kari ikan
  • 2 sudu besar cili kisar*( *bancuh dngn 1/2 cwn air)
  • air secukupnya
  • minyak utk menumis
Bahan Kisar
  • 5 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 1/2 inci halia
Bahan Tumis
  • 1 ulas bwng putih- di hiris
  • 2 biji bwng merah di hiris
  • 1 btng kayu manis
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 btng serai di titik
Cara menyediakannya.
  1. Panaskan minyak dan masukkan bahan2 tumis. Tumis hingga naik bau.
  2. Masukkan bahan2 kisar dan kacau sebati. Masukkan rempah kari dan cili kisar yg di bancuh dngn sedikit dan gaul lagi. Tumis hingga terbit minyak.
  3. Masukkan belimbing buluh yang dihiris dan kacau lagi. Masukkan 2 cawan air dan biarkan mendidih.
  4. Masukkan ikan pari dan biarkan mendidih. Tambahkan air lagi ikut kepekatan yg di kehendaki. Masukkan garam dan sedikit gula.
  5. Masukkan buah tomato yg di belah 4. Biarkan mendidih lagi.
  6. Sekiranya dah cukup rasa, tutup api dan bolehlah di hidangkan.
-boleh tambah bendi,atau kacang panjang...ikut kesukaan :D

No comments:

Post a Comment