Friday, September 18, 2015

Donut labu


Dah banyak kali dah aku try buat donut...first time buat dah macam batu jer aku punya donut..haha tp, lpas kali ketiga menjadi lah aku punya donut..hehe :D ni dia donut labu

ni dia kaler donut yang kekuningan...yum yum

Dah banyak kali aku cuba buat donut ni.. 1st time buat mmg hancur habis..hehe kali ketiga baru jadi.

Tepung gandum-500 gram
Telur-1atau(hanya utk tepung gandum yg 500gram)
Shortening-2 sudu besar
Gula-3 sudu besar
Yis-4 sudu kecil
Serbuk susu-2 sudu besar
Air suam
Labu kuning - 1/4 labu jer ( direbus dan diblender)


Cara-cara membuatnya....
1.campurkan tepung gandum bersama yis, shortening, telur ,serbuk susu, gula, dan labu kuning.
2.pastikan labu tersebut tidak terlalu panas semasa dicampur bersama adunan. Suam sahaja.Supaya doh donut mengembang
3.Sekiranya doh masih liat, renjis-renjiskan air suam supaya doh senang diuli.
4.Biarkan doh selama 1 jam.
5.kemudian donut boleh dibentuk dan digoreng. Pastikan doh yg dibentuk tidak terlalu kembang. supaya isinya masak dan luarnya rangup..

Cara membuat donut jadi lembut: aku campurkan 2 sudu shortening dlm minyak masa aku goreng donut..hehe :D


Selamat mencuba ye ! :D







No comments:

Post a Comment