Sunday, September 20, 2015

Kari ikan pari bersama belimbing buluh

Nih...Kari pari ni memang perghh..kalau rasa pedas + masam yang seimbang mmg terbaik..resepi mak punya..Biasanya mak aku tak taruh santan...mungkin nak rasa ikan tu lebih terserlah kot..tp, mmg sodapp ..:D

Macam ni lah rupanya...
 


Bahan-Bahan
  • 2 ekor ikan pari sederhana besar- potong, cuci dan toskan
  • 2 biji buah tomato- di belah 4
  • 4 buah belimbing buluh dihiris
  • 4 sudu besar kari ikan
  • 2 sudu besar cili kisar*( *bancuh dngn 1/2 cwn air)
  • air secukupnya
  • minyak utk menumis
Bahan Kisar
  • 5 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 1/2 inci halia
Bahan Tumis
  • 1 ulas bwng putih- di hiris
  • 2 biji bwng merah di hiris
  • 1 btng kayu manis
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 btng serai di titik
Cara menyediakannya.
  1. Panaskan minyak dan masukkan bahan2 tumis. Tumis hingga naik bau.
  2. Masukkan bahan2 kisar dan kacau sebati. Masukkan rempah kari dan cili kisar yg di bancuh dngn sedikit dan gaul lagi. Tumis hingga terbit minyak.
  3. Masukkan belimbing buluh yang dihiris dan kacau lagi. Masukkan 2 cawan air dan biarkan mendidih.
  4. Masukkan ikan pari dan biarkan mendidih. Tambahkan air lagi ikut kepekatan yg di kehendaki. Masukkan garam dan sedikit gula.
  5. Masukkan buah tomato yg di belah 4. Biarkan mendidih lagi.
  6. Sekiranya dah cukup rasa, tutup api dan bolehlah di hidangkan.
-boleh tambah bendi,atau kacang panjang...ikut kesukaan :D

Saturday, September 19, 2015

Ikan stim belimbing buluh


Hari tu mak aku ada masak ikan stim belimbing buluh.. sedap weyhh.. :D Mula-mula aku pun rasa pelik nape dia letak belimbing buluh kat ikan tu..Mak aku kata supaya ada rasa masam dia kata..hmm, ok lah chef..
Image result for ikan stim
Agak camni lah hasilnya..Tak sempat snap gambar ikan yg mak masak hari tu.
Ambil dari pak cik Google je ni...hehe

ni lah belimbing buluh..jangan pulak pakai belimbing yang manis tu..Nanti lain pulak jadinya..hehe


Resepi Ikan stim belimbing buluh

Ikan-(ikut kesukaan.)
belimbing buluh-3 atau 4 buah
Lobak merah-diparut
Halia-dihiris memanjang
bawang putih -2 ulas(dicincang halus)
Garam- 2 cubit 

1.Taburkan belimbing buluh,lobak merah,halia,bawang putih, dan garam diatas ikan..(Mengikut kreativiti anda)
2.Kemudian kukus selama 40 minit


Tips:Jika ingin ikan anda lebih sedap, tambah sedikit minyak bijan dalam hidangan tersebut... :D

Selamat mencuba...hihi

Friday, September 18, 2015

Donut labu


Dah banyak kali dah aku try buat donut...first time buat dah macam batu jer aku punya donut..haha tp, lpas kali ketiga menjadi lah aku punya donut..hehe :D ni dia donut labu

ni dia kaler donut yang kekuningan...yum yum

Dah banyak kali aku cuba buat donut ni.. 1st time buat mmg hancur habis..hehe kali ketiga baru jadi.

Tepung gandum-500 gram
Telur-1atau(hanya utk tepung gandum yg 500gram)
Shortening-2 sudu besar
Gula-3 sudu besar
Yis-4 sudu kecil
Serbuk susu-2 sudu besar
Air suam
Labu kuning - 1/4 labu jer ( direbus dan diblender)


Cara-cara membuatnya....
1.campurkan tepung gandum bersama yis, shortening, telur ,serbuk susu, gula, dan labu kuning.
2.pastikan labu tersebut tidak terlalu panas semasa dicampur bersama adunan. Suam sahaja.Supaya doh donut mengembang
3.Sekiranya doh masih liat, renjis-renjiskan air suam supaya doh senang diuli.
4.Biarkan doh selama 1 jam.
5.kemudian donut boleh dibentuk dan digoreng. Pastikan doh yg dibentuk tidak terlalu kembang. supaya isinya masak dan luarnya rangup..

Cara membuat donut jadi lembut: aku campurkan 2 sudu shortening dlm minyak masa aku goreng donut..hehe :D


Selamat mencuba ye ! :D